Daisypath Anniversary tickers
_____________________________________________________________________________________

Sunday, May 15, 2011

keluarga baru ♥

yeah ! lame dah aku tinggal blog ni . asyik kua jea kerjanya , mana sempat nak blogging en ? kay lah , aku taknak merapu kerapu banyak so aku teruskan cerita kali ni . hmm , dah seminggu aku keluar dari pv12 . now aku stay dengan spender merah a.k.a Puteri and mona nasuha . yela , kat pv12 tuh daa takde siapa-siapa lagi . bapak petak kot . kebetulan baru-baru ni mya baru sampai dari Terengganu and ajak aku temankan dia untuk lepak and hantar dia ke Shah Alam . tapi time dorang sampai tuh dah lewat , so tak sempat aa nak hantar balik en . plus dorang plak mesti aa penat . yela , baru sampai dari terengganu en . hmm , then si mya nih nak tido mane plak ? hostel aku skarang macam sial jea , nak naik pun kena check lah . tunjuk resident pass lah apa kejadah semua tuh . so confirm-confirm aa mya tak lepas . hmm , camne ea ? aku dah buntu , then aku dapat idea lepak memane , cari port untuk dorang rilex semua . try call Darlynn , mana tahu kot-kot lah dia boleh tolong . aduhhh , tak lepas jugak . last-last aku teringat kat Puteri ni haa . ALAMAKKK ! nombor phone plak takde . haish macam-macam masalah . haa ! baru aku ingat , Fidzie ade nombor Puteri haa , so aku call Fidzie minta nombor Puteri . talk talk bla bla bla bla . okay set ! handsome ! stay umah dorang . settle masalah aku haa . dengan pantas Oby memandu kereta Wira nya ke Sentul . lepak jap baru lah naik umah tido . uihhhhh ! bapak best lepak umah dorang nih . dorang lak kepala masuk air semua . lagi best . macam-macam aktiviti kitorang selama lepak umah Puteri ni . ke hulu hilir , round sana-sini . pegi shisha kat Andalus lah , lepak-ing di Kg Baru . yang paling kelakarnya kitorang bley sesat sebab nak cari Andalus punya pasal haa . yang aku plak buat pandai yang kononnya aku tahu lah jalan nak ke sana . last-last hampeh !! hahaha , macam bangang . lebih kurang berjam-jam jugak lah kami berkurung dalam kereta tuh haa , masing-masing dah macam operator phone dah . si puteri call kawan dia tanya camne nak g Andalus . aku plak call orang itulah inilah . Oby call kawan dia . semua busy . haha lawak aa . sumpah lawak . penat pusing 2-3 kali kat tempat same , last-last jumpa jugak lah Andalus tuh haa . shisha , minum air MAHAL . dah selesai semua , ade kawan Puteri cakap nak belanja makan plak . nasi lemak jea pun , tapi okay lah sebab kitorang pun tengah kelaparan . hahaha . patah balik ke Kg Baru makan nasi lemak . yang bestnya kan , kami lepak satu table dengan artis . perghhh ! be jealous okay :P siapa artis tuh ? alah tak perlu kot heboh-heboh . nanti apa plak orang lain cakap en . bermegah lak KANNN ? esoknya plak kua lagi , tengok wayang . KONGSI 'Lu Langsi Lu Mati' kat Times Square . hari seterusnya tengok wayang lagi , cite Fast Furious Five lak kat KLCC . best best best ! itu jea yang aku boleh explain kan . sweetnya semua dah ada gelaran masing-masing , aku 'Along' , Puteri 'Ibu' , Mona 'Adik' , Myra 'Ucu' and Oby 'Abang' . ini lah keluarga baru aku . even baru beberapa hari kenal , tapi macam dah bertahun kenal . sumpah sayang korang kaw-kaw ! :')

Puteri - Ibu
: Dia selalu masak untuk kami di rumah , kuat membebel macam mak nenek . Ibu yang paling RARE ! caring pasal anak-anak dia . kitorang ni if dah online memang melekat lah kat lappy ni haa , pastu mula lah dia memekak suruh kitorang makan . kecoh satu umah . hehe , masakan dia plak memang terbaik ! dah makin gemuk aku ni haa kena paksa makan . nak taknak , kena aa makan gak . korang nak rasa ? haa , meh datang umah . heee :D

Mona - Adik
: Haa , ini dia . dia lah yang paling kecil comey kat umah ni . mulut pun boleh tahan aa becoknye . perangai lak mengalahkan budak-budak . tak kering gusi kami di buatnye . ade jea benda nak di buatnye . haish . aku plak suka nau kacau dia . hehe :D if takde dia , sunyi sepi jea rasa haa . akan rasa seperti kehilangan sesuatu :)

Myra - Ucu
: ini adik paling muda . anak kesayangan Ibu yang paling cantik . pipi tuh dah lah montel , makan plak kuat bebenor haa . aduyai . kaki online lak tuh . duduk sebelah-sebelah jea tapi bley duk gaduh-gaduh manje kat facebook . buat DRAMA . post macam-macam kat facebook tuh haa . ade jea nak tagged post kat aku . sabor jela -,- . and selalu gaduh manja siapa mandi last . dia gak yang mengalah , aku mandi last . heee :D

Oby - Abang
: yang ini plak adalah paling sulung lah antara kami . Obygay !! haha , berkepit jea dengan awek dia . tapi takde dia , tak kemana lah kami semua haa . memang terperuk aa kat umah kan ? haha , badan tuh dah lah kepeng . jealous aku haa . haish >.< dia abang paling sempoi , kadang-kadang macam AWEKs jea . hahaha

jadinya , inilah keluarga baru aku yang di maksudkan tuh haa . dorang ada sewaktu aku perlukan someone . pendengar yang setia . tak mudah termakan hasutan orang . kepala plak gila-gila , sama-sama masuk air . gelak jea memanjang aku ni . elok-elok aku tengah sedih , sebab lawak ngek dorang boleh buat aku senyum dan ketawa terbahak-bahak . dan kali ni aku senyum dengan ikhlas , bukan FAKE SMILE . selalunya aku hanya senyum sebab terpaksa . tapi sekarang tidak lagi , terima kasih semua . sumpah aku sayang korang gila-gila . tak tahu lah apa akan jadi kat aku if korang takde . btw sekarang aku bahagia bersama-sama mereka semua dan akan kekal bersama mereka . kitorang dah jadi satu family besar kat sini . thank you so much once again guys ! please stay with me no matter what happen and swear to god , I do love you guys :') muahxxx ! xoxo

No comments:

Post a Comment